Rabu, 23 April 2014

Andai Itu Yang Terbaik



Andai itu yang terbaik...
aku lepaskan kau pergi...
pergi mencari kebahagiaan hakiki..
kerana aku sedar..
aku tak mampu membahagiakanmu...

Andai itu yang terbaik...
biarlah ku hapuskan segala kenangan
antara kita berdua...
agar kita saling tidak terluka,..
dengan perpisahan ini...

Andai itu yang terbaik...
ku rela andai suatu hari nanti..
kau melupakan kisah kita ini...
agar kita tidak terus terbelenggu
oleh kenangan silam yang indah
tetapi menyakitkan ini......

Andai itu yang terbaik...
ku mohon padamu...
berhentilah mencintai,
berhentilah menyayangi..
berhentilah merindui..
berhentilah mengingatiku lagi..
agar aku tidak terus diburu
rasa bersalah yang memedihkan ini.....

Andai itu yang terbaik..
untuk masa depan kita berdua...
pada Allah yang Berkuasa..
ku doa, ku mohon, dan ku bersujud..
bahagialah hati kami berdua...
tenangkanlah hati kami berdua...
dalam meniti haluan hidup masing-masing....

terima kasih sayang...
kerana pernah memberikan kegembiraan
kerana pernah memberikan kebahagiaan
kerana pernah memberikan kasih sayang
kerana pernah memberikan cinta
padaku selama ini....

namun ku kesal,..
kerana aku tak mampu..
untuk memberikan..
cinta dan bahagia padamu..
kerana aku sedar..
aku bukanlah insan yang terbaik
untuk menemanimu
meniti hari-harimu..
walaupun itu yang kau harapkan..



Maafkan aku sayang....
terpaksa melukai insan sebaikmu...
maafkan aku..
maafkan aku...
maafkan aku...

Tidak ada komentar: